Pages

Thursday, December 2, 2010

Adat La Kan Bila Jadi Kuli Je

Aku masuk kerja dengan company XXX ni stat bulan 8. Aku ingat lagi, 3/8/2010, bersamaan dengan hari Selasa. Bolehlah tahan kerja kat sini, walaupun gaji kecik, kira orait la daripada menganggur. Amek pengalaman la katakan. 

Sebelum ni, segala-galanya OK. Cuma petang tadi, aku kena marah dengan pengurus atas sebab yang langsung tak munasabah. Damn it. Sakit hati aku. Aku mudah menangis kalau kena marah, nasib baik tadi aku tak nangis. Tu pun puas aku tahan. Giler ah. Aku tak suka ar emo2 dalam ofis.

Kenapa aku kena marah? Hanya kerana satu sijil hilang. Damn. Sijil tu sebenarnya sijil kastam yang diperlukan untuk beli barang-barang import, every year kena renew. Masalahnya, sijil tu hilang, and dia baru tersedar tadi yang sijil tu dah expired tahun lepas. So pengurus ni dah marah2. Ok masa ni aku cool lagi.

Yang jadi tak coolnya bila dia tuduh aku tak buat kerja. Dok depan kompite tapi tak tau apa. Damn. Senang-senang dia cakap macam tu. Helloooooo. Aku masuk company ni, ganti Miss Z ni, dia tak pernah serahkan kerja sijil2 ni kat aku ok. Dia dah pass kerja ni kat bahagian purchasing even masa dia x berenti lagi. Yang datang marah-marah aku tak tentu pasal buat apa. 

Paling aku sakit hati bila dia suruh cari kot2 ada simpanan yang di'scan' dalam kompite. Aku dah cakap takde, takde, dia suruh jugak aku cari, siap tunggu belakang aku. Dan bila aku bukak folder Miss Z, dia ternampak la ada folder 'hiburan'. Damn. Kat situ aku dah kena maki. Padahal bila aku stat kerja, aku buat folder baru, tak pernah sentuh pon yang Miss Z punya. 

Bila cari tak jumpa, dia cakap kat aku 'Takkan tak tau apa yang ada dalam kompite tu, ke asyik main facebook je'. Macam haram (dari tadi aku nak cakap). Aku senyap, tapi giler mendidih dalam hati. Sabar. Sabar. Aku punyalah jaga keberkatan masa kerja aku, facebook tak buka, blog apatah lagi, dia bole cakap sesedap strawberi yang aku layan FB time kerja. 

Adat la kan bila jadi kuli je. Kena maki sesuka hati. Sekarang aku boleh sabar. Next time, aku takkan diam lagi. Kalau betul salah aku, aku terima. Masalahnya sijil2 tu pon aku tak pernah nampak, dan bukan kerja aku pon. Dah la, lagi aku tulis, lagi jiwa aku kacau.

Kata cik ciput: Sori, banyak carutan entri kali ni.

19 ringgit ja?:

Solihin Zubir said... [Reply to comment]

mmg sakit hati bila kna marah...
tp sabo jela eh..
biasela tu..
sy tiap hari kna marah ngan big boss.. hehe..

cik ciput said... [Reply to comment]

@Solihin: nak marah takpe, tapi masalahnya depan org lain. dah tu tuduh kite benda yg kite tak buat. mana x hangin.

Shaofie said... [Reply to comment]

memang. dulu mase first time keje pun dia asik usha je kot2 la men facebook ke, ym ke. adoi. curiga bebenau.

Ainismaira said... [Reply to comment]

Cik CIput.. cmni la saye kene ngan makcik gile kat opis saye dulu.. sedih kan kena marah..tambah bila kate kita tak buat keje.. ase nak lempang2 je muke ala2 crazy frog die tu.. huhu..sabar eh.. selagi leh sabar..

Frodo Baggins said... [Reply to comment]

pngurus tu laki ke pompuan? awat x cool giler .. heh, xper lu pokes je keje

cik gha said... [Reply to comment]

mengong pengurus tuh..

cik pieja hut said... [Reply to comment]

standard lah tuh.saye pun penah kne mcm tuh.tapi at last berenti!
mentang-mentang bos,ukit kepala dye je!!

Anonymous said... [Reply to comment]

Hai, saya menemukan blog Anda melalui Google ketika mencari pertolongan pertama untuk serangan jantung dan posting Anda terlihat sangat menarik bagi saya.

cik ciput said... [Reply to comment]

@Shaofie: ye ke?itu lgi ngeri..siap usha2 lagi..tpi ok la, usha jugak drpd tuduh membabi buta..huhu

cik ciput said... [Reply to comment]

@Ainismaira: haha..mcm kiut je mula crazy frog..haha..emm realiti hidup kan, mcm2 org ada..

cik ciput said... [Reply to comment]

@Frodo: pengurus tu laki...huhu..msa melawak ok la, masa dia mrh, huh..

cik ciput said... [Reply to comment]

@cik gha: huhu...nak wat mc mna kak gha..terpaksa la bertahan..

cik ciput said... [Reply to comment]

cik pieja: ye ke?means kat mana2 tempat mmg bnyk la pengurus mcm ni kan..huhu

cik ciput said... [Reply to comment]

@Anon: maceh2..

voltox said... [Reply to comment]

sian ciput kena marah..sy simpati..apa pun sy yakin..ciput seorang kerja yg baik..ciput tak salah dalam hal ni..lama2 nanti akan tau juga yg ciput tak bersalah..senyum sket..

hamzah ian said... [Reply to comment]

biasa la tu.. kalau gua bos gua marah gak.. hehe

cik ciput said... [Reply to comment]

@voltox: huhu..thanks ye en voltox.. =)

cik ciput said... [Reply to comment]

@hamzah: cisss..ko mmg la hamzah..huh

(One) SiTi* said... [Reply to comment]

cik ciput...mencarut ke..
dak aih..
itu dikira dah baik hati dah..
adat le kuli kan>
belajar pun sama,
asyik kena marah ng supervisor je..
mana tahan lau lagu ni..
nangis tak berlagu adalah..
sob2