Bertahun menyulam cinta, tapi bila akhirnya kecundang, apa yang kau rasa? Pedih? Lirih? Sesak dalam dada. Ya, sakitnya masih sama bagai dulu. Sakitnya masih juga begitu. Mungkin lebih sakit, kerana luka yang sekian lama kau cuba rawat, berdarah kembali.
Kenapa? Kenapa agaknya perkara ini bisa terjadi lagi? Salah aku? Atau salah dia? Kenapa harus mencari tempat untuk menuding jari bila kesalahan ada pada kita berdua.
Mungkin kita patut terima, jodoh itu bukan milik kita. Jalan kita tak pernah sama. Takdir kita takkan pernah bersatu. Kerana aku bukan belahan jiwa kau, sama seperti kau juga bukan belahan jiwaku.
Namun, bagaimana harus dirawat luka ini? Bunuh diri? Itu kerja gila, kerja bodoh! Jangan kerana cinta manusia, kau lupa cinta Dia masih ada. Tika semua manusia berpaling, Dia masih ada. Ya, kembali kepada-Nya.
"Ya Allah, sungguh aku mohon keampunan dari-Mu, kerana aku terlanjur mencintai seorang manusia melebihi cinta kepada-Mu. Dan sekarang, dia berpaling dariku ya Allah. Pedihnya hati ini, akan aku ubati dengan cinta kepada-Mu, kerana aku tahu Kau Maha Penyayang, lagi Maha Mengasihani. Beri aku kekuatan ya Allah. Kerna aku tak bisa kuat tanpa-Mu. Ampunkan kesalahanku ini ya Allah. Amin."
Untuk awak:
Bertahun kita berkenalan. Terima kasih. Terima kasih saya ucapkan. Untuk segalanya. Biar perpisahan ini yang terakhir, kerana sungguh, saya letih untuk putus cinta berkali-kali. Awak minta saya lupakan awak, kan? Ya, saya akan buat itu. Jangan risau. Saya akan hilang dari hidup awak. Dan saya minta, jangan pernah menyesal dengan keputusan ini. Jangan juga muncul lagi dalam hidup saya. Saya doakan kebahagiaan awak dari kejauhan.
Untuk aku:
Fokus baru, teruskan kehidupan. Mulakan hidup baru tanpa dia. Ciput, niat kau untuk sambung pengajian akhir tahun ini kan? Laksanakan! Jangan tunduk dengan kekalahan. Kau mungkin kecundang dalam percintaan, tapi kau masih ada kehidupan untuk diteruskan. Kuat ciput! Kau kena kuat!

18 ringgit ja?:
"Ya Allah, sungguh aku mohon kemapunan dari-Mu, kerana aku terlanjur mencintai seorang manusia melebihi cinta kepada-Mu. Dan sekarang, dia berpaling dariku ya Allah. Pedihnya hati ini, akan aku ubati dengan cinta kepada-Mu, kerana aku tahu Kau Maha Penyayang, lagi Maha Mengasihani. Beri aku kekuatan ya Allah. Kerna aku tak bisa kuat tanpa-Mu. Ampunkan kesalahanku ini ya Allah. Amin."
aaaaaa terkesannya! kerana aku merasakan hal yang sama baru2 ni! Ya Allah Ya Allah.. T_T
kau tabah ya!
same goes with me.. so, paham perasaan u tuh. tp, i nmpk u kuat! keep it up, dear strong gurl!
pernah merasai juga.. pedih tak terkata.. haihh.. hidup mesti diteruskan.. utk cik ciput, harga cintamu bukanlah sekupang dua.. pasti balasan cinta yg tidak terkira nilainya akan hadir dalam hidupmu satu hari nanti...
oh sedih.....shahrul free..
sudah tau kan risiko bercinta. tapi demi cinta saat berbunga dan berkembang indah, mana pergi peringatan2 itu semua?
peringatan2 itu hanya untuk mereka yang kecewa dan memarahi diri sendiri.
Saat awak mula rasa cinta, awak patut tau yang awak kena tanggung akibat darinya. Cuma dua. Kecewa atau bahagia.
Semua pernah rasa, semua pernah lalui benda sama. Bertabahlah awak, cari pelangi selepas hujan.
Ayat tipikal yang mampu saya beri, semua yang terjadi pasti ada hikmah tersembunyi :) Terus kuat!
angguk-angguk dengan komen ghost dan pemuzik jalanan.
Jatuh cinta itu tak salah dan bukan satu kesalahan jenayah pun. Harus kuat bila kita putus dan patah hati. Berkuat-kuatlah. Mungkin ada yang lebih terbaik untuk kamu. Tuhan memang sentiasa menemukan kita dengan yang salah, sebelum bertemu yang benar. Dia uji untuk kita terus kuat. ;)
faham sangat dengan apa yang awak rasa. insyaallah, akan tiba masanya luka2 di hati awak akan sembuh. penawarnya akan tiba.
saye doakan awak :)
dill.
haihh..bodohnya seorg lelaki bila meninggalkn seorg gadis yg ikhlas menyayanginya.
@aleen aiden rasa berdosa kan bila terlebih cinta seorang manusia lebih daripada cinta kepada Tuhan? sungguh, aku menyesal sangat...
baiklah... :)
@cik az'skalau kau dah putus cinta berkali-kali, kau akan jadi kebal az..sama macam aku....
@Pondok Usang hahaha...harga cinta bukan sekupang dua?nice one, bro... :)
insyaAllah, aku juga harap begitu..
@Joe adakah joe = voltox?hehehe
@ghost writer itu la ghost..dah kena, bru nak beringat...
ya ya...aku kecewa...tpi degan kekecewaan ini buat aku lebih kuat...
@pemuzik jalanan dan untuk yang kali ini, akhirnya kecewa..
rasa2 macam pelangi takkan muncul buat sementara waktu, sebab pintu hati ni dah tertutup rapat2..
biasa la tu...ayat mana lagi ye dak?hahaha...
@hanaahmad :)
semoga lepas ini, aku tak jumpa dengan orang yang salah lagi, hana...penat tahu putus cinta?
tapi sekarang tahap spiritual aku main kuat...rasanyalah.. :D
@dill thanks dill :)
@Abg Stalker xpe la abg stalker..mak sy dah pesan dri dulu lagi, jangan terhegeh2kan cinta lelaki yang tak nakkan kite..dah dia suruh sy lupakan dia, sudahlah...
Post a Comment